Maklumat Teknikal Perakam_DVD

Pada awalnya, perakam DVD hanya menyokong satu daripada tiga piawaian: DVD-RAM, DVD-RW (menggunakan DVD-VR), dan DVD+RW (menggunakan DVD+VR), di mana tiada satupun yang serasi antara satu sama lain. Bagaimanapun, kebanyakan pemacu DVD menyokong kedua-dua piawaian + dan juga -, manakala hanya beberapa sahaja yang menyokong piawaian DVD-RAM, di mana ia tidak serasi dengan pemacu-pemacu DVD standard.

Kelajuan rakaman amnya dinyatakan dalam nilai X (menyerupai penggunaan CD-ROM), di mana 1X dalam penggunaan DVD adalah sama dengan 1.321 MB/s, secara kasar bersamaan dengan 9X dalam penggunaan CD-ROM.[1] Bagaimanapun, ini secara asasnya diamalkan oleh perakam DVD pada komputer. Perakam DVD kendiri pula biasanya merekod dalam masa nyata, iaitu kelajuan 1X.

Perakam menggunakan laser (biasanya merah 650nm) untuk membaca dan menulis DVD. Laser bacaan biasanya tidak lebih daripada 5mW, manakala laser penulisan lebih berkuasa. Lagi cepat kelajuan menulis, lagi tinggi tenaga laser tersebut. Laser penulis DVD seringkali memuncak kepada 100-400 mW[2] dalam gelombang selanjar (sebilangannya gelombang denyut).